Ahad, 11 Mei 2014
Selamat Hari Ibu
Sepasang suami isteri datang ke pusat rawatan membawa bersama-sama mereka sepasang anak yang masih bersekolah rendah. Si isteri mengalami masalah gangguan yang agak kronik.
Rawatan kali ini menyebabkan dia kerasukan.
Saya menghadapi masalah bila berdepan dengan kerasukan ini kerana gangguan ini sangat degil dan kasar.
Anak-anak mula menangis terisak-isak melihat keadaan ibunya.
"Ibu...ibu...ibu..." tangis si anak.
Si ayah cuba menenangkan keadaan.
Saya buntu dengan keadaan ini. Sehinggalah mendapat ilham supaya menyandarkan doa ini kepada anak-anak kecil yang sedang menangis dengan lafaz ini:
"Ya Allah, binasalah jin ini. Aku sandarkan doa kebinasaan ini kepada doa-doa dan tangisan anak-anak beliau untuk meraih maqbulMu ya Allah."
Alangkah terkejutnya saya apabila melihat makhluk ini menggelupur kesakitan dan binasa dalam masa yang sangat singkat. Tidak berapa lama kemudian si ibu sedar dari kerasukannya.
Sungguh doa anak-anak sangat maqbul untuk ibunya...
Selamat hari ibu...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Sekadar berkongsi pengetahuan.3 hari yg lepas Ibu saya kaki dan tangan tak bolih bergerak bawa hospital juga tak berkesan malam semalam saya saya bangun jam 4 pagi saya buat solat taubat di susuli solat hajat.dan saya ayat manzil dari dengan niat Ya Allah berkat ayat suci yang ku baca kau sembuh kan lah penyakit Ibu ku Alham dulillah ibu saya sudah bolih bangun dan mengunakan tangan untuk makan sendri selamat mencuba
Abang Mahad
Catat Komen