Jumaat, 23 Mei 2014
Usaha Tangga Kejayaan
Sudah lama saya tidak bertemu beliau. Kali ini dia datang berkereta baru, berpakaian korporat dan berkasut jenama Alain Delon.
Terimbas kembali semasa beliau datang bertemu saya 3 tahun lepas. Penampilan seluar jeans serba lusuh, t-shirt dan selipar jepun. Mengadu masalah gagal mendapatkan kerjaya dan juga tertekan dengan kehendak menikahi wanita idaman.
Alhamdulillah sekarang sudah memiliki isteri dan seorang anak. Juga sedang sabar menunggu kelahiran yang baru.
Kali ini datang kerana mengalami sakit kepala yang berpanjangan. Bila diperiksa, ada gangguan lagi. Semoga beliau sembuh dan terus berjaya dalam hidup.
*Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah s.w.t.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Komen