Khamis, 16 Oktober 2014
Pengalaman GUMer No. 1
Seorang rakan sekerja saya mengadu, rumah maknya diganggu makhluk, macam berlari-lari di atas siling.
Mula-mula mereka syak mungkin binatang macam musang. Panggil JPAM periksa dan letak perangkap, langsung tiada apa-apa tangkapan.
Bila dia minta saya rawat, saya tanya ada tak sesiapa dalam keluarga yang mengamalkan Manzil?
Kebetulan maknya mengamalkan Manzil.
Saya pun ajar melalui telefon sahaja, cara buat air ruqyah dan sembur dalam rumah.
Dengan izin Allah esoknya makhluk tu dah tak boleh masuk.
Mereka dengar makhluk itu cuba nak ke dalam atap tu tapi macam terlanggar dengan tembok (bunyinya).
Dia telefon saya keesokan harinya dengan perasaan yang sangat teruja, sebab gangguan di rumahnya tu dah berlangsung lebih 20 tahun.
Allah bereskan dalam masa sehari sahaja. Allahuakbar!
(GUM - Geng Urban Muallij, terdiri dari para peserta bediri, beduri, bebiri dan bebsrs)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Komen