Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Thursday, October 16, 2014

Pengalaman GUMer No. 2

Saya 'copy' tubuh badan jin yang ada pada tubuh pesakit. Lalu saya 'paste'kan pada kipas-kipas yang ada di kafe tempat saya belajar dengan niat agar Allah jadikan angin yang ada pada kipas tu menjadi angin yang lebih dahsyat dari angin sangkakala, angin yang memberi mudarat kepada semua jin yang mengganggu pesakit itu walaupun di mana pun jin-jin itu berada di dalam tubuh badan pesakit.

Saya mengarahkan mana-mana jin yang tidak mahu sakit, tidak mahu terseksa, keluarlah dengan cara baik melalui dua jalan. Pertama, melalui tangan pesakit. Kedua, melalui kaki pesakit.

Saya juga berdoa pada Allah SWT seandainya ada mana-mana jin yang terikat di dalam badan pesakit ni agar di rungkaikan akan segala ikatan-ikatan tersebut dengan saya membacakan Selawat Tarfijiyyah dan seandainya ada di kalangan jin-jin itu ada jin sihir, agar dighaibkan daripada pandangan tukang sihir dan pengupah sihir dengan bacaan Surah Yasin Ayat 9.

Lepas tu, dengan izin Allah SWT, pesakit rasa seolah-olah ada benda yang besar keluar daripada kakinya dalam angka yang banyak. Saya beri lagi arahan kepada semua jin yang nak keluar agar memilih dua tempat jika mereka ingin selamat yakni Serambi Madinah dan Darul Islah. Saya juga memohon pada Allah SWT agar hadirkan beberapa orang pengawal daripada kedua-dua tempat itu untuk membawa kesemua jin-jin ke sana. Tidak lama selepas itu kesakitan pesakit ini semakin berkurangan.

Segalanya terjadi hanyalah dengan kudrat dan iradah dari-Nya jualah, sesungguhnya ana faqir ilaallah sahaja, Wallahua'lam.

(GUM - Geng Urban Muallij, terdiri dari para peserta bediri, beduri, bebiri dan bebsrs)

No comments: