Selasa, 25 Ogos 2015
BEDIRI 23 Ogos 2015
Pengorbanan Seorang Suami
Pengorbanan si suami, tidak kenal erti penat berusaha mencari kesembuhan untuk isterinya. (photo beliau mengendong isterinya setelah selesai rawatan di Urban Muallij)
Isnin, 10 Ogos 2015
Bediri 23 Ogos 2015
Isnin, 3 Ogos 2015
UMHTV 4 - Mengeluarkan Jin Ular Yang Garang
Khamis, 30 Julai 2015
UMHTV 3 - Menarik Keluar Jin Ular Yang Panjang
Selasa, 28 Julai 2015
UMHTV 2 - Mengeluarkan Jin Ular Yang Berposisi Terbalik
Jumaat, 24 Julai 2015
UMHTV Full Version - Melemahkan Jin Ular
Urban Muallij How-To Video (UMHTV-Preview) Melemahkan Jin Ular
Selasa, 16 Jun 2015
Isnin, 8 Jun 2015
BEDIRI 17 Mei 2015 & BEBIRI 24 Mei 2015
Perawat Bukan Superhero
Saya seringkali menasihati sesiapa yang bergelar 'perawat atau muallij' supaya jangan sesekali mengusik tok bomoh, dukun ataupun tukang sihir. Bukan atas sebab faktor risiko atau bimbang, takut dan gerun. Malahan ianya adalah satu tindakan yang tidak bijak.
Sesetengah perawat merasakan dirinya 'superhero' kerana keberaniannya berdepan dengan makhluk halus. Ramai juga pesakit merasakan perawat sebagai superhero kerana mampu menyelesaikan masalah gangguannya.
Jika dilihat dengan teliti, sebenarnya perawat bukanlah superhero. Tetapi perawat hanyalah sebagai 'orang tengah' ataupun 'mediator' bagi penyelesaian masalah di antara dua pihak, iaitu di antara pesakit dan makhluk halus.
Kaedahnya begini, pesakit bertemu perawat dan melantik perawat sebagai mediator. Bukannya meminta perawat supaya menjadi panglima perang atau pejuang kamikaze bagi pihaknya.
Kalau betul pesakit berniat supaya perawat menjadi panglima perang, maknanya dia telah letakkan pergantungan kepada perawat. Padahal dialah sebenarnya si panglima yang sedang berperang.
Nasihatilah pesakit, anda panglima, anda pejuang, usah gentar, maju ke depan kerana tiada hijab doamu (orang yang teraniaya) dengan si Pencipta.
Wahai perawat, sebagai mediator, jangan lebih-lebih. Jadilah mediator yang bijaksana, yang mampu selesaikan masalah dengan penuh hikmah dan yang menghindarkan diri dari senang difitnah.
Kalau sesuatu kes tidak dapat diselesaikan, tidak mengapa. Buka peluang kepada pesakit untuk memilih mediator yang lain.
Marzuki Ismail, Urban Muallij
Makcik Yang Comel
Di hadapanku seorang makcik, berstatus balu, berusia 66 tahun. Dia di 'escort' oleh anak-anaknya yang semuanya sangat ceria dan ramah.
Apabila ruqyah dibacakan, makcik tenang sahaja. Aku renung borang berkenaan dirinya, seolah tiada isu yang boleh dikaitkan dengan gangguan.
Setelah beberapa kaedah dilakukan, akhirnya aku katakan kepada makcik, "Alhamdulillah syukur, makcik tiada gangguan."
Makcik senyum gembira sambil mengangkat kedua tangannya seakan berdoa, "Ya Allah sembuhkan batuk ustaz..."
Lantas aku sambut dengan kata, "Amin..."
Semua orang, termasuklah diriku tergelak mendengar doa makcik.
Bagiku lafaz ini sangat berharga kerana:
1) baru pertama kali diriku didoakan pesakit secara 'jahar' sebegini.
2) biasanya seorang pesakit yang diberitahu akan berita gembira akan mengucapkan alhamdulillah untuk dirinya sendiri.
3) makcik mungkin ada sifat 'mengutamakan orang lain' kerana mungkin sejak awal beliau perhatikan diriku membaca ruqyah dengan suara yang sengau dah terbatuk-batuk kerana selsema.
Makcik, ku doakan semoga dirimu senantiasa dinaungi rahmat Allah swt. Amin.
Marzuki Ismail, Urban Muallij.
Sabtu, 23 Mei 2015
Video: Cahaya Matahari Menyakiti Jin
Jumaat, 10 April 2015
Video: Kesan Cahaya Ke Atas Jin Melalui Pergerakan Jari
Rabu, 1 April 2015
Video: Saka Ambil Kesempatan Halau Sihir Guna Torchlight
Selasa, 31 Mac 2015
Video: Cahaya Lampu Suluh Menyakiti Jin
Rabu, 18 Mac 2015
Video: Terkena Ilmu Penunduk
Isnin, 16 Mac 2015
Cahaya Lampu Suluh
Apabila berada di dalam situasi seolah jin-jin tidak langsung dapat ditarik atau tidak terkesan dengan bacaan ruqyah ayat-ayat azab, bolehlah mencuba penggunaan lampu suluh.
Kajian yang dilakukan ke atas beberapa pesakit menunjukkan kesan yang amat memberangsangkan.
Teori kajian mengatakan:
1) Jin memiliki ilmu 'bayang'. Iaitu jin menukarkan jasadnya kepada 'bayang' yang tidak berjisim.
2) Dalam hal melemahkan bayang, cahaya digunakan.
3) Bila jin dilemahkan, proses mengeluarkan jin boleh dilakukan secara normal.
Cadangan kaedah:
1) Bacalah ayat-ayat azab kepada lampu suluh.
2) Lampu suluh di suluh kepada tempat-tempat yang dikenali bermasalah.
Selamat mencuba. Semoga kalian senantiasa di bawah naungan rahmat Allah s.w.t.
Rabu, 28 Januari 2015
BEDIRI 25 Januari 2015
Langgan:
Catatan (Atom)