Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~

~.~

~.~

Monday, June 8, 2015

Makcik Yang Comel

Di hadapanku seorang makcik, berstatus balu, berusia 66 tahun. Dia di 'escort' oleh anak-anaknya yang semuanya sangat ceria dan ramah.
Apabila ruqyah dibacakan, makcik tenang sahaja. Aku renung borang berkenaan dirinya, seolah tiada isu yang boleh dikaitkan dengan gangguan.
Setelah beberapa kaedah dilakukan, akhirnya aku katakan kepada makcik, "Alhamdulillah syukur, makcik tiada gangguan."
Makcik senyum gembira sambil mengangkat kedua tangannya seakan berdoa, "Ya Allah sembuhkan batuk ustaz..."
Lantas aku sambut dengan kata, "Amin..."
Semua orang, termasuklah diriku tergelak mendengar doa makcik.
Bagiku lafaz ini sangat berharga kerana:
1) baru pertama kali diriku didoakan pesakit secara 'jahar' sebegini. 
2) biasanya seorang pesakit yang diberitahu akan berita gembira akan mengucapkan alhamdulillah untuk dirinya sendiri. 
3) makcik mungkin ada sifat 'mengutamakan orang lain' kerana mungkin sejak awal beliau perhatikan diriku membaca ruqyah dengan suara yang sengau dah terbatuk-batuk kerana selsema.

Makcik, ku doakan semoga dirimu senantiasa dinaungi rahmat Allah swt. Amin.

Marzuki Ismail, Urban Muallij.

No comments: