Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Isnin, 8 Jun 2015

Perawat Bukan Superhero


Saya seringkali menasihati sesiapa yang bergelar 'perawat atau muallij' supaya jangan sesekali mengusik tok bomoh, dukun ataupun tukang sihir. Bukan atas sebab faktor risiko atau bimbang, takut dan gerun. Malahan ianya adalah satu tindakan yang tidak bijak.

Sesetengah perawat merasakan dirinya 'superhero' kerana keberaniannya berdepan dengan makhluk halus. Ramai juga pesakit merasakan perawat sebagai superhero kerana mampu menyelesaikan masalah gangguannya. 

Jika dilihat dengan teliti, sebenarnya perawat bukanlah superhero. Tetapi perawat hanyalah sebagai 'orang tengah' ataupun 'mediator' bagi penyelesaian masalah di antara dua pihak, iaitu di antara pesakit dan makhluk halus.

Kaedahnya begini, pesakit bertemu perawat dan melantik perawat sebagai mediator. Bukannya meminta perawat supaya menjadi panglima perang atau pejuang kamikaze bagi pihaknya.

Kalau betul pesakit berniat supaya perawat menjadi panglima perang, maknanya dia telah letakkan pergantungan kepada perawat. Padahal dialah sebenarnya si panglima yang sedang berperang.

Nasihatilah pesakit, anda panglima, anda pejuang, usah gentar, maju ke depan kerana tiada hijab doamu (orang yang teraniaya) dengan si Pencipta.

Wahai perawat, sebagai mediator, jangan lebih-lebih. Jadilah mediator yang bijaksana, yang mampu selesaikan masalah dengan penuh hikmah dan yang menghindarkan diri dari senang difitnah. 

Kalau sesuatu kes tidak dapat diselesaikan, tidak mengapa. Buka peluang kepada pesakit untuk memilih mediator yang lain.


Marzuki Ismail, Urban Muallij

Tiada ulasan: