Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Isnin, 26 Disember 2016

Tangkal Kertas Timah


Dia melihat dukun itu mengisi loket karungnya dengan sekeping kertas timah. Disangkut pada rantai leher dan dipakai sehingga hampir setahun.

Sejak itu gangguan makhluk halus semakin menjadi-jadi mengusik kehidupan sehariannya.

Saya tanya, "pernah jumpa bomoh ke?".

Dia jawab, "entahlah, sebab semua orang panggil dia 'ustaz'. Baca ayat Al Quran juga."

Saya tanya lagi, "dia ada beri apa-apa ke?"

Dia serahkan saya loket karung yang berisi kertas timah ini.

Agaknya kenapa guna kertas timah? Kalian boleh tolong jawabkan? 

Saya jawab 1 je: 
1) Supaya tahan lama, tak mudah hancur macam kertas.

2) (kalian sambung dalam 'comment')

Isnin, 12 Disember 2016

Repost: Kuda Terbang

Pesakit mengalami sakit kaki (di bahagian buku lali) sejak di alam persekolahan lagi. Walaupun telah diurut dan dirawat dengan pelbagai kaedah alternatif, sakit itu tetap tidak hilang sehinggalah pesakit sekarang berumur 37 tahun.

Ada satu jin yang memperkenalkan dirinya sebagai Ali, telah membuat pengakuan bahawa beliau telah masuk ke tubuh pesakit melalui bahagian kaki yang terseliuh itu semenjak 23 tahun yang lalu. Dia juga mendakwa bahawa beliau telah berkahwin dengan jin saka yang memang sudah lama menetap di tubuh pesakit dan mereka telah dikurniakan tiga orang anak (dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki).

Saya mendakwah Ali dan isterinya tentang kesilapan dan perlakuan dosa yang telah mereka lakukan, iaitu menceroboh dan mendiami tubuh pesakit untuk sekian lama dan mereka amat-amat menyesali akan perbuatan mereka.

Ali menyatakan hasratnya untuk berhijrah ke Mekah bagi membina hidup baru bersama keluarganya. Saya menyatakan persediaan untuk menghantar mereka ke sana, dengan izin Allah. Namun Ali menolak kaedah biasa yang saya gunakan untuk menghantar jin-jin lain sebelum ini.

Ali: "Kami nak pergi Mekah naik kuda."

Saya: "Naik kuda? Pasti perjalanan ini akan mengambil masa yang sangat lama."

Ali: "Tak. Mohon la pada Allah kuda yang memiliki sayap."

Saya: "Wujud ke (kuda yang bersayap)?"

Ali: "Ya. Ada…"

Dengan serta-merta saya teringat akan kisah perbualan di antara Rasulullah s.a.w. dan Siti Aisyah r.a. pada ketika Siti Aisyah r.a. sedang bermain akan boneka berbentuk kuda yang bersayap. Berikut adalah perbualan tersebut yang dipetik dari buku 'Didik Anak Cara Rasulullah SAW' karangan Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid;

"Dengan sanad shahih, Abu Daud meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa dia berkata: 'Rasulullah s.a.w. datang dari perang Tabuk, atau dari perang Hunain, sedangkan Aisyah berada di balik tabir. Angin berhembus yang kemudian menyingkap tabir tersebut dan terlihatlah anak-anak patung milikku.' Di situ Baginda s.a.w. melihat seekor (anak patung) kuda yang mempunyai dua sayap. Baginda bertanya: 'Yang ini apa?' Aisyah menjawab: 'Kuda.' 'Lalu ada apa itu?' tanya Baginda s.a.w. lagi. Aisyah menjawab: 'Dua sayap.' 'Kuda mempunyai dua sayap?' tanya Baginda s.a.w. Aisyah menjawab: 'Bukankah Engkau tahu bahawa Sulaiman a.s. mempunyai sekian kuda yang bersayap.' Aisyah selanjutnya menceritakan: 'Lalu Baginda s.a.w. tertawa hingga aku dapat melihat gigi-gigi geraham Baginda s.a.w."

Kami berdua memanjatkan doa kepada Allah s.w.t. dan berikut adalah dialog yang berlaku;

Ali: "Ha…kuda dah sampai."

Saya: "Mana?"

Ali: "Ni, dekat sini (sambil mengangkat tangan di sisinya)."

Saya: "Warna apa?"

Ali: "Kelabu, sayapnya pun warna kelabu."

Saya: "Ok lah kalau begitu, kamu keluarlah sendiri dari tubuh pesakit ini dan bawalah keluarga kamu bersama-sama menaiki kuda tu."

Ali sempat berpesan kepada pesakit tentang beberapa perkara seperti ketaatan kepada Allah dan tentang pentingnya Solat Tahajud. Ali kemudian mengucapkan lafaz 'Allahuakbar' beberapa kali seolah-olah seperti menolak isteri dan anak-anaknya keluar. Ali adalah yang terakhir keluar dan pesakit kemudiannya sedar dari kerasukan.

(Tulisan ini bertarikh 16 Februari 2009)

Link tulisan asal:
http://akrine.blogspot.my/2009/02/pengalaman-merawat-12-kuda-terbang.html

Selasa, 22 November 2016

Repost: Koma


Saya dijemput untuk merawat seorang pesakit yang sedang koma di sebuah hospital kerajaan. Pesakit masih muda dan ditemui koma di atas katil pada waktu pagi dalam keadaan bergelumang dengan najis sendiri.

Ketika di bahagian kecemasan lagi, doktor dan jururawat telah mengesyaki sesuatu yang tidak kena tentang pesakit ini. Berat normal pesakit adalah +- 100 kg tetapi semasa ditimbang beratnya meningkat 2 kali ganda iaitu lebih 200 kg. Mereka mula menasihati waris pesakit supaya berikhtiar mencari rawatan alternatif yang lain.

Saya hadir jam 10:30 malam. Walaupun bukan waktu melawat, pihak hospital memberi laluan istimewa kepada saya. Saya bersama bapa saudaranya masuk ke bahagian ICU dan jururawat segera menutup langsir untuk memberi peluang kepada saya bagi melakukan rawatan.

Pada mulanya pesakit tidak sedar walaupun dipanggil namanya beberapa kali. Beliau diberi bantuan pernafasan dan badannya dipenuhi bermacam-macam wayar. Saya membaca selawat Tarfijiyah dan meniup ubun-ubun serta bahagian jantungnya malangnya pesakit hanya memberi respon yang sangat minima.

Saya beralih ke bahagian kaki lalu memegang jari kedua selepas ibu jari. Pesakit menarik kakinya ke atas seperti minta dilepaskan. Saya melakukannya untuk kali kedua, pesakit memberi respond yang sama. Bila saya berkata, "Wahai makhluk Allah, aku tahu lokasi kamu. Lelaki ini berhak kepada kesembuhan dan kehadiran kamu telah menyakiti dia. Aku minta kamu tinggalkan dia, sebelum aku bacakan ruqyah yang pastinya dengan izin Allah akan membinasakan kamu," pesakit terus membuka matanya sambil merenung tajam kepada saya.

Pesakit mula gelisah dan agresif seperti tidak menyukai kehadiran saya sehingga menyebabkan saya terpaksa menjarakkan diri darinya. Beliau juga cuba bangun dari katil seperti ingin menerpa kepada saya. Setelah ditenangkan oleh bapa saudaranya beliau tenang seketika, malangnya beliau kembali agresif bila saya membacakan beberapa potong ayat al-Quran secara perlahan dari jarak jauh.

Pergerakan agresifnya telah menyebabkan salah satu dari alatan hospital mengeluarkan bunyi 'beep' yang kuat dan jururawat bergegas datang dan menyuntiknya dengan ubat penenang (sedation). Pesakit kemudian kembali kepada keadaan asalnya (tidak sedar). Ubat penenang telah menyebabkan beliau tidak memberikan apa-apa respon walaupun saya membacakan ayat-ayat ruqyah yang panjang kepadanya.

Semasa hendak meninggalkan pesakit, salah seorang jururawat menegur saya.

Jururawat: "Air 'mineral water' yang ustaz bawa ni nak bagi pada pesakit ke?"

Saya: "Ya. Tapi kami tak tahu macamana caranya. Lagipun pesakit 'intubated' (tiub oksigen di dalam mulut)."

Jururawat: "Oh tak apa. Serah saja pada kami air tu, nanti kami uruskan."

Saya: "Baiklah, terima kasih banyak-banyak."

Nota:
- Dengan izin Allah, keesokan harinya pesakit ini sedar sepenuhnya dan kemudian discaj pada waktu petangnya.

(Tulisan ini bertarikh 5 Mei 2009)

Link tulisan asal:
http://akrine.blogspot.my/2009/05/pengalaman-merawat-19-koma.html

Ahad, 20 November 2016

Selasa, 25 Oktober 2016

Urban Muallij di Kemaman?


Survey:
Adakah anda perlukan khidmat Urban Muallij di Kemaman, Terengganu Darul Iman?

Feedback: (facebook)
Maklumbalas diperlukan dalam bentuk LIKE ataupun COMMENT.

Support: (facebook)
Sokongan anda dalam bentuk SHARE amatlah dihargai.

Klik di sini:

Jumaat, 14 Oktober 2016

Upah Ruqyah


Telah menceritakan kepada kami Abu An-Nu'man telah menceritakan kepada kami Abu 'Awanah dari Abu Bisyir dari Abu Al Mutawakkil dari Abu Sa'id radliallahu 'anhu berkata; Ada rombongan beberapa orang dari sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang safar dalam suatu perjalanan hingga ketika mereka sampai di salah satu perkampungan Arab penduduk setempat mereka meminta agar bersedia menerima mereka sebagai tetamu penduduk tersebut namun penduduk menolak.

Kemudian ketua suku kampung tersebut terkena sengatan binatang lalu diusahakan segala sesuatu untuk menyembuhkannya namun belum berhasil. Lalu di antara mereka ada yang berkata: "Cuba kalian temui rombongan itu semoga ada di antara mereka yang memiliki sesuatu. Lalu mereka mendatangi rombongan dan berkata: "Wahai rombongan, sesunguhnya ketua suku kami telah digigit binatang dan kami telah mengusahakan pengubatannya namun belum berhasil, apakah ada di antara kalian yang dapat menyembuhkannya?" Maka berkata, seorang dari rombongan: "Ya, demi Allah aku akan mengubati namun demi Allah kelmarin kami meminta untuk menjadi tetamu kalian namun kalian tidak berkenan maka aku tidak akan menjadi orang yang mengubati kecuali bila kalian memberi upah. Akhirnya mereka sepakat dengan upah puluhan ekor kambing.

Maka dia berangkat dan membaca Alhamdulillah rabbil 'alamiin (Surah Al Fatihah) seakan penyakit lepas dari ikatan tali padahal dia pergi tidak membawa ubat apapun. Dia berkata: "Maka mereka membayar upah yang telah mereka disepakati kepadanya. Seorang dari mereka berkata: "Bagilah kambing-kambing itu!" Maka orang yang mengubati berkata: "Jangan kalian bagikan hingga kita temui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam lalu kita ceritakan kejadian tersebut kepada Beliau shallallahu 'alaihi wasallam dan kita tunggu apa yang akan Beliau perintahkan kepada kita".

Akhirnya rombongan menghadap Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu mereka menceritakan peristiwa tersebut. Beliau berkata: "Kamu tahu dari mana kalau Al Fatihah itu sebagai ruqyah (ubat)?" Kemudian Beliau melanjutkan: "Kalian telah melakukan perbuatan yang benar, maka bagilah upah kambing-kambing tersebut dan masukkanlah aku dalam sebagai orang yang menerima upah tersebut". Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tertawa. Abu 'Abdullah Al Bukhariy berkata, dan berkata, Syu'bah telah menceritakan kepada kami Abu Bisyir aku mendengar Abu Al Mutawakkil seperti hadits ini.

(Sahih Bukhari #2115/2276)

BEDIRI 30 Oktober 2016

Sabtu, 8 Oktober 2016

Urban Muallij Kuala Lumpur (UMKL)



Waktu operasi:
Isnin - Jumaat : 9pm - 12am
Sabtu : 5pm - 12am
Ahad : 9am - 5pm

Alamat:
No. 3-G, (Grd Flr), Block A,
Jln Excella 3, Off Jln Ampang Putra,
Tmn Ampang Hilir, 55100 Kuala Lumpur.

Perawat yang perlu dihubungi untuk temujanji:
1) Zulkiflee Abdullah 017-2903958
2) Muhamad Yusri Abdullah 013-2727990
3) Mohd Azhar Abdullah 012-3274668

Bagaimana Menjinakkan Jin Harimau (UMHTV6)


Kenapa Kerasukan Berlaku (UMHTV5)


Waktu Maghrib



Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Jabir r.a., "Apabila malam telah hampir menjelang atau pada waktu senja, tahanlah anak-anak kamu (jangan izinkan mereka keluar) kerana ketika itu syaitan bertebaran..." (HR Bukhari)

Tilik dan Tenung


(1) "Ustaz boleh rawat dari jauh? Nanti saya forward photo pesakit."
(2) "Ustaz boleh tengokkan suami saya tak? Nama suami saya..."
(3) "Perangai dia dah berubah 360 darjah. Boleh ustaz tolong pulihkan tak?"
Itulah di antara banyak-banyak soalan yang pernah diajukan kepada saya. Sehinggalah adakalanya saya terpaksa menjawab kepada setiap soalan-soalan itu seperti ini:
(1) "Kalau nak buat x-ray ataupun ct-scan boleh ke guna photo je?
(2) "Saya bukan tok bomoh yang boleh tilik orang melalui nama ke, tarikh lahir ke..."
(3) "Tiada siapapun yang boleh ubah hati-hati manusia selain dari Allah."
Sunnah dalam rawatan adalah pesakit datang bertemu perawat. Jika melakukan selain itu maka akan dikira seolah menilik ataupun melakukan sesuatu kaedah yang berkemungkinan melibatkan penggunaan bantuan makhluk halus yang dilarang keras dalam Islam.
Dalam mafhum hadis:
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh beberapa isteriNya, "Barangsiapa yang datang menemui tukang tenung, dan bertanyakan sesuatu daripadanya dan mempercayainya maka tidak diterima solatnya selama 40 hari." (HR Muslim)
Abu Hurairah r.a. pula meriwayatkan dalam sebuah hadis. Katanya sabda Rasulullah s.a.w., "Barangsiapa yang datang menemui tukang tenung dan mempercayai kepada apa yang dikatakannya maka sesungguhnya dia telah kafir tentang apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w." (HR Abu Daud)
Adapun pengetahuan alam ghaib hanya diberitahu kepada para Nabi adalah datangnya dalam bentuk wahyu:
"Sesungguhnya Kami telah wahyukan kepadamu sebagaimana Kami wahyukan kepada Nabi Nuh dan para Nabi selepasnya." (Surah Al-Nisa' :163)
Diceritakan juga di dalam al-Quran perihal kahin atau tukang tilik atau tukang tenung:
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan mewahyukan kepada wali-walinya." (Surah Al-An'am : 121)
"Syaitan (daripada jenis) manusia dan (jenis) jin yang saling mewahyukan sesama mereka akan perkataan yang indah untuk menipu (manusia)." (Surah Al-An'am : 112)
Sudah menjadi tabiat manusia mencari jalan singkat dalam mencari penyelesaian kepada masalah. Namun kalian harus hati-hati kerana ianya akan melibatkan dosa yang besar dan mensyirikkan Allah s.w.t.
Urban Muallij
24/08/2016

Jin Kailan Ikan Masin


Poin Titik Bekam


Kasyaf atau Auta


Pocong


Allahu Yasyfiq