Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Tuesday, February 2, 2016

Isu Serangan Tanpa Sebab

Telah sampai kepada saya banyak kes berkaitan serangan gangguan makhluk halus (tanpa sebab) terhadap beberapa individu tertentu di taman-taman perumahan, kampung dan kawasan tertentu.
Di sebuah kampung, imam, bilal, siak, pengurus jenazah, peserta marhaban, penceramah, guru agama, ustaz-ustaz telah diserang dan diganggu tanpa sebab. Anak-anak kecil menangis, anak-anak dara kerasukan. Pelbagai perkara pelik juga berlaku di kediaman mereka.
Penduduk mengakui memang didapati wujudnya di kawasan mereka akan kegiatan syirik seperti pembomohan, pendukunan dan sebagainya.
Kenapa ini berlaku? Cuma ada 2 sebab;
Pertama, bomoh dan dukun mencari pelanggan.
Kedua, perluasan kawasan (territory) aktiviti 'hitam'.
Anak murid saya bertanya, "bagaimana menangani masalah ini?"
Jawapan saya, "dakwah."
Jika sakit, untuk sembuh asbabnya adalah ubat. Begitu juga kegelapan, penerangnya adalah cahaya. Rasulullah s.a.w. diutus kepada kaum yang dilanda kegelapan (jahiliyyah). Maka penerang kegelapan itu adalah dakwah.
Tugas perawat Islam bukannya sekadar merawat semata. Bahkan ianya perlu dengan niat mendidik (dakwah) masyarakat kepada perkara yang haq dan menghindari syirik.
Jika ingin menerangi kawasan yang gelap, maka perlulah dilahirkan perawat Islam di dalam sebuah keluarga atau di suatu kawasan, maka secara tidak langsung akan terbinalah gerak kerja dakwah.
Apabila dilihat oleh penduduk langit akan kampung ataupun daerah di bumi yang penduduknya berdakwah, beriman dan beramal soleh, maka akan kelihatan cahaya seperti kita (penduduk bumi) seolah melihat bintang-bintang di langit.
Marzuki Ismail
'Rawat & Didik'
Urban Muallij

No comments: