Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~

~.~

~.~

Wednesday, February 17, 2016

Jin Harimau

>perumpamaan orang tua-tua kita kata, saiz badannya sebesar kerbau/seladang tetapi boleh menyorok di sebalik sehelai lalang. 
>digunakan sebagai kenderaan tunggangan untuk bergerak dari suatu destinasi ke destinasi yang lain dengan kelajuan ultra supersonic.
>juga digunakan sebagai penjaga diri, harta benda dan tanaman.
>kekuatannya bergantung kepada ritual/pemujaan yang dilakukan tuannya. 

‎Bila zaman berlalu...tuannya mati...ritual berhenti...
Harimau tiada pertahanan diri...lari bersembunyi dalam tubuh badan anak cucu si mati.

>ciri utama: sifat panas baran luar kawalan.
>sifat berani yang melampau.
>ada juga yang suka kegelapan. 
>spesis favourite, sering menjadi buruan tukang sihir yang ingin memilikinya.
>ganas jika dicederakan.

Jika perawat berdepan dengan harimau:
>hentikan provokasi.
>elakkan pertentangan anak mata.
>rawat dia jika dia cedera. 
>puji kekuatannya, kemudian manjakan seperti kucing. 
>‎pujuk keluar.

Marzuki Ismail
Urban Muallij
16/2/2016

No comments: