Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Khamis, 31 Mac 2016

Barang Peninggalan Papa

Hari ni genaplah 40 hari arwah meninggalkan anak-anaknya yang sangat aku kenal rapat. Aku sempat bertemu arwah di hospital 3 hari sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. 

Tujuan aku ke sini, meredah perjalanan berdurasi 4 jam hanya kerana ingin memenuhi permintaan arwah tentang barang-barang peninggalannya. Barang-barang yang pernah digunakan untuk tujuan pengubatan tradisional.

Teringat kali pertama arwah datang bertemu aku ialah pada tahun 2010. Masa itu tiada banyak perkara yang diceritakan kepadaku berkenaan perihal peribadi silam beliau. Arwah tidak banyak bicara, cuma terus duduk berlunjur di depanku seolah menyerah diri supaya diubati. 

Semenjak rawatan pertama itu, arwah mula sedikit lemah dan mula didampingi oleh penyakit fizikal. Namun beliau sangat kuat semangat, masih gagah beribadat dan dimasa lapangnya diisi dengan mentelaah buku-buku rawatan Islam yang dihadiahkan oleh anak-anaknya.

Bila dikumpulkan kesemua koleksi barang-barang pengubatan tradisional peninggalan arwah, aku agak terkejut. Kerana baru aku tahu bahawa arwah bukan calang-calang orang. Tinggi ilmunya, banyak pengalamannya. Namun bila bicara denganku, beliau sangat merendah diri. Aku kagum, sangat kagum. 

Alhamdulillah, penyelesaian kepada barang-barang peninggalan ini sangat mudah dan lancar. Bermakna arwah sudah 'putuskan' semuanya sebelum dia pergi bertemu Penciptanya.

Melalui pengamatanku, arwah adalah seorang yang berjaya. Beliau juga memiliki anak-anak yang tidak kenal penat lelah membantu 'papa' sehingga 'papa' berjaya. Aku kagum, sangat kagum. 

Semoga rohnya senantiasa di bawah naungan rahmat Allah s.w.t.

Khamis, 24 Mac 2016

Persoalan Berkenaan Pemagaran

Akan datang kepada kalian (para perawat) permintaan 'pagar' samada rumah kediaman, premis perniagaan, kilang perusahaan, kebun, ladang penternakan, sekolah, universiti dan sebagainya.
Jika ianya memang sekadar 'pemagaran' untuk menduduki rumah baru atau premis perniagaan baru atau apa-apa tujuan yang tidak berkaitan dengan gangguan, maka bolehlah segera dilakukan.
Tetapi sebaliknya jika anda didatangi dengan permintaan 'pemagaran' disebabkan adanya unsur-unsur gangguan, lebih baik tolak dulu. Minta kesemua mereka yang bermasalah untuk tampil bertemu anda untuk dirawat dulu. Sehingga selesai kesemua masalah gangguan makhluk halus di dalam setiap individu yang terlibat, maka akhirnya barulah proses 'pemagaran' boleh dilakukan.
Ada beberapa kes yang berakhir dengan...tiada langsung 'pemagaran' diperlukan. Maknanya penyelesaian kepada masalah yang ada pada individu tertentu menyelesaikan keperluan kepada 'pemagaran'.
Menjawab soalan yang sangat popular iaitu berkenaan premis perniagaan yang disihir seperti jualannya jatuh merundum, pelanggan tak nampak kedai, pekerja jatuh sakit dan sebagainya. Pendekatan yang sama dilakukan, rawatan kepada kesemua individu yang bermasalah. Tetapi keutamaan rawatan hendaklah diberikan kepada 'pemilik' perniagaan itu. Rawat, walaupun dia kata dia tidak bermasalah. Kelak anda akan terkejut melihat hasil rawatan bahawa pemiliklah yang paling teruk disihir.
Marzuki Ismail
Urban Muallij

Ahad, 20 Mac 2016

Persoalan Berkenaan Hysteria


Soalan (apabila berlaku hysteria): "Kaedah yang terbaik nak bagi orang yang tak sedar diri macam pengsan supaya sedar balik camna?"

Jumaat, 18 Mac 2016

Pemandu Teksi Yang Baik Hati


Dia seorang pemandu teksi yang baik. Disenangi dan dihormati oleh jiran tetangga kerana sifat prihatinnya. Beliau sering berhubung dengan saya untuk menetapkan temujanji rawatan bagi pihak jiran-jirannya.

(photo: beliau membantu jirannya yang lumpuh memasuki teksinya setelah selesai rawatan di urban muallij)