Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Thursday, March 31, 2016

Barang Peninggalan Papa

Hari ni genaplah 40 hari arwah meninggalkan anak-anaknya yang sangat aku kenal rapat. Aku sempat bertemu arwah di hospital 3 hari sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. 

Tujuan aku ke sini, meredah perjalanan berdurasi 4 jam hanya kerana ingin memenuhi permintaan arwah tentang barang-barang peninggalannya. Barang-barang yang pernah digunakan untuk tujuan pengubatan tradisional.

Teringat kali pertama arwah datang bertemu aku ialah pada tahun 2010. Masa itu tiada banyak perkara yang diceritakan kepadaku berkenaan perihal peribadi silam beliau. Arwah tidak banyak bicara, cuma terus duduk berlunjur di depanku seolah menyerah diri supaya diubati. 

Semenjak rawatan pertama itu, arwah mula sedikit lemah dan mula didampingi oleh penyakit fizikal. Namun beliau sangat kuat semangat, masih gagah beribadat dan dimasa lapangnya diisi dengan mentelaah buku-buku rawatan Islam yang dihadiahkan oleh anak-anaknya.

Bila dikumpulkan kesemua koleksi barang-barang pengubatan tradisional peninggalan arwah, aku agak terkejut. Kerana baru aku tahu bahawa arwah bukan calang-calang orang. Tinggi ilmunya, banyak pengalamannya. Namun bila bicara denganku, beliau sangat merendah diri. Aku kagum, sangat kagum. 

Alhamdulillah, penyelesaian kepada barang-barang peninggalan ini sangat mudah dan lancar. Bermakna arwah sudah 'putuskan' semuanya sebelum dia pergi bertemu Penciptanya.

Melalui pengamatanku, arwah adalah seorang yang berjaya. Beliau juga memiliki anak-anak yang tidak kenal penat lelah membantu 'papa' sehingga 'papa' berjaya. Aku kagum, sangat kagum. 

Semoga rohnya senantiasa di bawah naungan rahmat Allah s.w.t.

No comments: