Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Thursday, April 7, 2016

Isu Nazak: Dirinya ataupun Saka? Cerita Tauladan No. 1

Saya menerima panggilan telefon dari seorang wanita dalam nada yang panik.
"Ustaz boleh tengokkan ayah saya tak? Hospital dah tak terima dah. Tengah nazak ni. Tapi...macam susah je. Tak silap saya ayah saya ni ada menuntut ilmu apa ntah masa dia muda-muda dulu. Risau ni. Ustaz boleh tolong 'buangkan' tak?"
Saya soal dia, "mana kamu tahu ayah kamu ada 'benda-benda' tu?"
Jawabnya dengan selamba, "kami main agak aje ustaz..."
Menggeleng-geleng kepala saya tanda tidak bersetuju dengan dakwaan melulu terhadap ayah sendiri walaupun saya tahu beliau tidak dapat melihat reaksi saya kerana ianya hanyalah perbualan telefon. Saya segera mengakhiri perbualan telefon, "ok, nanti text saya alamat rumah kamu".
Setelah selesai kesemua sesi rawatan hujung minggu di madrasah, saya kemudiannya berkunjung ke rumah beliau di sebelah malam.
Setibanya saya di rumahnya, ramai yang menunggu. Anak-anak pesakit dan saudara mara serta beberapa jiran tetangga.
Pesakit diletakkan di atas katil di tengah-tengah ruang tamu. Keadaannya sangat tidak stabil. Lidahnya macam dah terperosok ke dalam, pernafasannya macam sukar dan tidak lagi respon kepada apa-apa arahan yang diajukan. Kulitnya kering menggelupas. Tompok hitam di sana-sini.
Saya mula menyoal macam-macam soalan. Biasanya bermula dengan soalan-soalan saintifik berkenaan penyakit, ubat, serta rawatan. Kemudian barulah soalan berkaitan masalah gangguan makhluk halus dan sebagainya.
Saya sangat tertarik dengan keadaan kakinya. Iaitu apabila disentuh, pesakit akan mengerang seolah kesakitan.
Hadirin tak sabar menunggu apa tindakan saya seterusnya kerana saya masih tidak berbuat apa-apa.
Suasana sepi menunggu berakhir apabila saya mula meminta kepada anaknya beberapa helaian surat khabar lama. Saya mula menyarung kedua tangan dengan 'rubber gloves'. Saya juga mengeluarkan beberapa keping kertas hitam dan lampu suluh LED dari beg rawatan saya.
Saya juga menyuruh salah seorang hadirin untuk berada di suis lampu untuk bersedia menerima arahan saya bagi tujuan 'on' dan 'off'.
Saya berada di sisi tepi kanan pesakit. Meletakkan kertas surat khabar sebagai lapik kepada kertas hitam, diletakkan di bawah lengan dan tangan pesakit.
Kemudian saya mula mengangkat tangan pesakit dan menepuk perlahan-lahan selama setengah minit.
"Ok sekarang tutup lampu."
Hadirin terkejut.
Dengan hanya cahaya dari lampu suluh LED mereka menyaksikan sinaran serbuk kaca bercampur pasir halus dan macam-macam lagi bertaburan di atas kertas hitam.
"Apa tu ustaz?" Soal mereka.
Jawab saya, "ini santau. Dia (pesakit) teruk disantau."
Kecoh serumah bila mendengar jawapan saya.
Saya terus melakukan prosedur yang sama di sisi sebelah kiri pesakit. Keputusannya tetap sama.
Anaknya juga secara sukarela meminta saya periksa dia samada dia pun disantau. Saya pun melakukan prosedur yang sama sebagaimana yang dilakukan terhadap ayahnya, maka keputusannya pun adalah sama, iaitu anaknya pun 'positif disantau'.
Saya tegur anak-anaknya, "jangan buruk sangka kepada ayah kamu. Lupakan tentang ilmu salah, lupakan isu saka. Sebenar-benarnya ayah kamu sedang menderita akibat kejahatan sihir santau. Kondisinya sangat teruk. Pada tahap ini tiada apa lagi yang boleh dilakukan melainkan jangan putus berdoa serta dibacakan surah 'Yaasin' agar dipermudahkan rohnya pergi."
Akhirnya pesakit pergi menemui Penciptanya selang 12 jam saya pulang ke rumah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Marzuki Ismail
Urban Muallij

No comments: