Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~*~

~*~
Gel Mandian Bidara

~.~

~.~

Saturday, October 8, 2016

Tilik dan Tenung


(1) "Ustaz boleh rawat dari jauh? Nanti saya forward photo pesakit."
(2) "Ustaz boleh tengokkan suami saya tak? Nama suami saya..."
(3) "Perangai dia dah berubah 360 darjah. Boleh ustaz tolong pulihkan tak?"
Itulah di antara banyak-banyak soalan yang pernah diajukan kepada saya. Sehinggalah adakalanya saya terpaksa menjawab kepada setiap soalan-soalan itu seperti ini:
(1) "Kalau nak buat x-ray ataupun ct-scan boleh ke guna photo je?
(2) "Saya bukan tok bomoh yang boleh tilik orang melalui nama ke, tarikh lahir ke..."
(3) "Tiada siapapun yang boleh ubah hati-hati manusia selain dari Allah."
Sunnah dalam rawatan adalah pesakit datang bertemu perawat. Jika melakukan selain itu maka akan dikira seolah menilik ataupun melakukan sesuatu kaedah yang berkemungkinan melibatkan penggunaan bantuan makhluk halus yang dilarang keras dalam Islam.
Dalam mafhum hadis:
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh beberapa isteriNya, "Barangsiapa yang datang menemui tukang tenung, dan bertanyakan sesuatu daripadanya dan mempercayainya maka tidak diterima solatnya selama 40 hari." (HR Muslim)
Abu Hurairah r.a. pula meriwayatkan dalam sebuah hadis. Katanya sabda Rasulullah s.a.w., "Barangsiapa yang datang menemui tukang tenung dan mempercayai kepada apa yang dikatakannya maka sesungguhnya dia telah kafir tentang apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w." (HR Abu Daud)
Adapun pengetahuan alam ghaib hanya diberitahu kepada para Nabi adalah datangnya dalam bentuk wahyu:
"Sesungguhnya Kami telah wahyukan kepadamu sebagaimana Kami wahyukan kepada Nabi Nuh dan para Nabi selepasnya." (Surah Al-Nisa' :163)
Diceritakan juga di dalam al-Quran perihal kahin atau tukang tilik atau tukang tenung:
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan mewahyukan kepada wali-walinya." (Surah Al-An'am : 121)
"Syaitan (daripada jenis) manusia dan (jenis) jin yang saling mewahyukan sesama mereka akan perkataan yang indah untuk menipu (manusia)." (Surah Al-An'am : 112)
Sudah menjadi tabiat manusia mencari jalan singkat dalam mencari penyelesaian kepada masalah. Namun kalian harus hati-hati kerana ianya akan melibatkan dosa yang besar dan mensyirikkan Allah s.w.t.
Urban Muallij
24/08/2016

No comments: