Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Selasa, 31 Januari 2017

3 Doa Mudah Membasmi Masalah Gangguan Makhluk Halus


Amalan berikut saya ajarkan kepada pesakit-pesakit saya yang ada masalah gangguan makhluk halus.

Amalan ini merupakan penambahan ataupun 'add-on' kepada amalan-amalan biasa seperti solat-solat sunat, membaca al-Quran, berdoa dan berzikir.

Doa-doa ini dilafazkan atau diniatkan pada 3 situasi berikut: ๐Ÿ‘‡

1) SEBELUM MAKAN ๐Ÿฝ

Lafaz doa ini:

"Ya Allah, jadikanlah makanan ini ber'manafaat' untuk diri aku dan sebaliknya 'mudarat' kepada kesemua makhluk halus dalam tubuhku."

Kemudian membaca bismillah sebelum makan.

2) SEBELUM MINUM ๐Ÿน

Lafaz doa ini:

"Ya Allah, jadikanlah minuman ini ber'manafaat' untuk diri aku dan sebaliknya 'mudarat' kepada kesemua makhluk halus dalam tubuhku."

Kemudian membaca bismillah sebelum minum.

3) KETIKA HUJAN ๐ŸŒง

Membaca doa ketika hujan:

ุงَู„ู„ู‡ُู…َّ ุตَูŠّุจًุง ู†َุงูِุนًุง

ALLAHUMMA SOYYIBAN NAAFI'AN

(Erti: "Ya Allah, (jadikan hujan ini) hujan yang membawa manfaat.")

Kemudian lafaz doa ini:

"Ya Allah, jadikanlah hujan ini ber'manafaat' untuk diri aku dan sebaliknya 'mudarat' kepada kesemua makhluk halus dalam tubuhku."

Selamat mencuba. Jika sudah cuba, bolehlah kiranya berkongsi testimoni anda di ruang COMMENT.

Jika ingin membantu rakan yang lain, berkongsilah dengan mereka. SHARE.

Semoga bermanafaat. ๐Ÿ‘

Rabu, 25 Januari 2017

Repost: Migraine


Pesakit mengalami sakit kepala yang kronik. Pada mulanya beliau menyangka ubat 'pain killer' dapat menyelesaikan masalah beliau, malangnya sakit kepalanya datang lagi pada hari kedua sehingga menyebabkan beliau muntah-muntah.

Saya: "Bahagian kepala yang mana sakit?"
Pesakit: "Sini."(Sambil menunjukkan pada dua point di bahagian belakang kepala).
Saya: "Ok, tahan sikit ya...(saya mula menikam pada point tersebut)."
Pesakit: "Aduh...."

Pesakit kemudiannya kerasukan. Berikut adalah dialog yang berlaku:

Saya: "Kamu ke yang buat dia sakit kepala."
Jin: (Mengangguk-angguk)
Saya: "Kenapa kamu sakiti dia..."
Jin: (Diam)
Saya: "Apa yang kamu dah buat sampai dia sakit kepala seteruk ni?"
Jin: (Menggenggam kedua tangan, menggayakan seperti memerah pakaian sambil menunjukkan memek muka 'geram')
Saya: "Tak baik buat orang macam tu."
Jin: (Diam)
Saya: "Kamu berdua kan?"
Jin: "Ya."
Saya: "Saya tahu satu ayat yang dibacakan untuk hilangkan sakit kepala. Kamu tahu ayat apa?"
Jin: "Tahu."
Saya: "Ayat apa?"
Jin: "(membaca ayat 19 surah Al-Waqiah)".
Saya: "Betul tak kalau pesakit mewiridkan ayat ini kamu pula yang akan kesakitan."
Jin: "Ya."
Saya: "Oklah. Sekarang saya mahu kamu berdua tinggalkan kepala ni".
Jin: (mengangguk)

Kesemua jin akhirnya berjaya dikeluarkan.

Pesakit kemudiannya sedar dan terpinga-pinga kerana kesakitan kroniknya hilang serta-merta.

(Tulisan ini bertarikh 16 April 2009)

Link tulisan asal:
http://akrine.blogspot.my/2009/04/pengalaman-merawat-17-sakit-kepala.html

Sabtu, 21 Januari 2017

Tips Jika Bayi Menangis


1) Kasturi Ruqyah:
๐ŸŒผ Sapu pada (pakaian) baby.

2) Tutup Pandangan:
๐ŸŒผ Baca Yaasin ayat 9, hembus pada telapak tangan dan tekap pada mata, telinga, ubun-ubun kepala dan dada.

3) Surah Sajdah:
๐ŸŒผ Baca keseluruhan surah, hembus pada kain napkin/selimut/serban etc. Guna kain untuk selimut baby atau kebas-kebas pada badan baby yang menangis.

4) Pemagaran Rumah:
๐ŸŒผ Guna air ruqyah spray keliling dinding rumah mengikut arah lawan jam. 

๐Ÿ”„Jika setelah berikhtiar dengan menggunakan 4 teknik di atas dan baby masih menangis, maka parents๐Ÿšน๐Ÿšบperlu serah diri untuk dirawat oleh mana-mana perawat Islam.

(Tulisan ini bertarikh 5 November 2014)

Khamis, 19 Januari 2017

Repost: Anak Degil


Saya dikunjungi seorang ibu membawa anak lelakinya yang berusia 14 tahun.

Saya: "Ok Kak. Siapa yang sakit ni."
Ibu: "Ni ha, anak saya ni (sambil menolak anaknya kepada saya)."
Saya: "Sakit apa Kak?"
Ibu: "Degil..."
Saya: "Oooo....(saya bingung)."

Perbualan dengan anaknya tidak menunjukkan sebarang simptom yang menunjukkan dia ada gangguan. Anaknya yang memiliki tubuh kecil ini nampak sihat dan ceria. Saya bersangka baik apatah lagi bila diketahui yang beliau berpendidikan sekolah agama.

Tetapi alangkah terperanjatnya saya apabila dimulakan rawatan, kaki-kaki anaknya memberi respond yang ketara kepada bacaan ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan. Saya akhirnya dapat berdialog dengan salah satu jin (paling tua) yang berada dalam badan beliau (bahagian jantung).

Saya: "Kamu Islam?"
Jin: "Tidak".
Saya: "Kamu ketua?"
Jin: "Tidak. Kami dari kumpulan-kumpulan yang berlainan."
Saya: "Berapa bilangan kamu?"
Jin: "54."
Saya: "MasyaAllah. Aku mengajak kamu semua kepada Islam."
Jin: "Tak mahu. Kami semua tak mahu."
Saya: "Ok. Kalau begitu aku mahu kamu tinggalkan badan ni."
Jin: "Tak mahu."

Rawatan yang dilakukan akhirnya dapat mengeluarkan kesemua 54 jin yang menetap di dalam hati pesakit. Pesakit akhirnya kelihatan letih, pucat dan lesu. Dia nampak sedih dan insaf, lebih-lebih lagi apabila mengetahui yang selama ini sifatnya telah di 'control' oleh unsur lain.

Nasihat saya, anak ini telah didorong sehingga menjadi nakal/degil akibat dipengaruhi oleh jin-jin yang menetap di hatinya. Kesemua jin-jin kafir ini telah mendorong anak ini supaya tidak taat kepada Allah apatah lagi mentaati ibubapanya. Oleh itu para ibubapa dinasihatkan supaya menyuburkan hati anak-anak kita dengan Iman dan Amal. Jika hati mereka disuburkan dengan perkara-perkara maksiat, maka besar kemungkinan perkara sebegini akan berlaku kepada mereka. Jika sudah berbuat demikian tetapi tidak berjaya, maka pilihlah rawatan Islam sebagai satu ikhtiar penyembuhan zahir dan batin.

(Tulisan ini bertarikh 14 April 2009)

Link tulisan asal:
http://akrine.blogspot.my/2009/04/pengalaman-merawat-16-anak-degil.html

Selasa, 10 Januari 2017

Repost: Anda Boleh Nampak Jin?


Iman agak mengantuk di dalam kelas al-Quran. Tiba-tiba dalam keadaan tersengguk-senguk, satu bola api telah menghinggapinya menyebabkan beliau tersentak dan terjaga. Dia terpinga-pinga mencari punca asal datangnya bola api itu dan dia dapati ianya telah dibaling oleh Amin.

Iman mula mengumpulkan tenaga untuk membina bola api dan dibaling kembali kepada Amin. Masing-masing berbalas-balas balingan 'dragon ball' itu sehinggalah kelas berakhir.

Cerita ini diceritakan kepada saya apabila saya memanggil kedua-dua pelajar ini dan seorang lagi pelajar bernama Aiman yang mendakwa mereka melihat pontianak yang mengendong bayi (batu nesan) terbang kesana kemari di luar madrasah. Mereka juga sering melihat pelbagai bentuk dan rupa makhluk halus di sekitar mereka. Iman, Amin dan Aiman memiliki keupayaan melihat alam jin. Mereka semuanya berpenghuni.

Apabila ditanya, "adakah kamu semua boleh melihat jin sejak dulu lagi?" Semua mereka akan menjawab "ya". Tetapi kata mereka, dulu tidaklah begitu ketara (sekali-sekala), tetapi semenjak belajar al-Quran di madrasah, keadaan menjadi semakin teruk. Saya beritahu mereka yang madrasah tidak bermasalah akan tetapi tuan punya badan yang berpenghuni itu yang sebenarnya bermasalah. Bacaan al-Quran serta amalan-amalan yang dilakukan di madrasah telah menyebabkan penghuni di badan mereka tidak senang duduk dan telah cuba menakut-nakutkan mereka melalui cara ini.

Saya kemudiannya menarik keluar penghuni (jin-jin) di tubuh badan mereka. Masing-masing terpinga-pinga kerana mereka sudah tiada keupayaan untuk melihat alam jin termasuklah keupayaan ber 'dragon ball'.

Adakah anda juga memiliki keupayaan tersebut? Ketahuilah bahawa sesungguhnya badan anda ber'PENGHUNI' dan ketahuilah bahawa mereka adalah 'parasit' yang merosakkan.

(Tulisan ini bertarikh 6 Mei 2010)

Link tulisan asal:
http://akrine.blogspot.my/2010/05/pengalaman-merawat-ke-29-isu-boleh.html

Jumaat, 6 Januari 2017

Repost: Jin Semut


Rawatan ini dilakukan di rumah pesakit pada waktu pagi.

Setelah jin-jin saka dalam badan pesakit dikeluarkan, pesakit tiba-tiba tersentak kerana merasakan kakinya seperti dilanggar sesuatu.

Pesakit: "Aduh. Ustaz, ada sesuatu melanggar kaki kiri saya."
Saya: "Siapa ni?...(sambil meletakkan besi rawatan pada kaki kiri pesakit)"

Pesakit kemudian kerasukan.

Jin: "...Errm maaf...saya tak sengaja masuk..."
Saya: "Kamu dihantar ke?"
Jin: "Tak...saya tak sengaja."
Saya: "Kamu datang dari mana?"
Jin: "Bawah sinki dapur...saya semut."
Saya: "Kamu ada keluarga?"
Jin: (mengangkat kedua-dua tangannya sambil menggerakkan kesemua jari-jarinya).
Saya: "Ooo, banyak..."
Jin: (mengangguk-angguk kepalanya).
Saya: "Boleh tak bagitahu pada ketua kamu supaya semua pindah ke tempat lain."
Jin: "Boleh."
Saya: "Sekarang keluarlah sendiri dari badan ni."
Jin: (Kaki kiri bergerak-gerak) "Eh...tak boleh lah. Tolong lah keluarkan saya."
Saya: "Ha, tu la tadi pandai sangat masuk, dah tu susah pula nak keluar."

Saya kemudian menarik jin tersebut keluar. Pesakit kemudiannya sedar.

Pesakit menelefon saya pada waktu tengaharinya memberitahu yang semut-semut yang memang banyak bersarang di bawah sinki dapur rumahnya dah tiada. Malahan hampir semua semut-semut di rumahnya tiada. Saya cuma mampu mengucapkan "SubhanAllah..."

(Catatan ini bertarikh 31 Mac 2009)

Link tulisan asal:
http://akrine.blogspot.my/2009/03/pengalaman-merawat-15-jin-semut.html

Isnin, 2 Januari 2017

Repost: Jin Tak Berkaki


Setiap kali rawatan yang dilakukan mempertemukan saya dengan pelbagai watak jin yang berbeza-beza.

Rawatan ke atas seorang pesakit wanita dimulakan dengan meletakkan besi rawatan (sambil digenggam pesakit) di atas bahagian jantungnya. Dengan tiba-tiba pesakit kerasukan, menggenggam dan menusuk besi rawatan secara lebih kuat ke arah jantungnya sambil mengucapkan syahadah dan mengerang kesakitan. Saya tersentak dengan perlakuan drastik ini dan mula menanyakan soalan kepadanya.

Saya: "Kenapa kamu begini?"
Jin: "Aku nak mati."
Saya: "Saya lakukan rawatan bukannya bertujuan untuk membunuh kamu, dan adalah haram bagi kamu membunuh diri sendiri".

Setelah didakwahkan, jin saka yang bernama Siti ini mengakui kesalahannya dan mula berbicara dengan petah sekali. Melihatkan Siti agak memberi kerjasama dalam pelbagai hal, saya menyarankan kepadanya agar berjalan di sekitar tubuh pesakit dan mengajak kesemua jin-jin lain bersama-samanya meninggalkan pesakit. Beliau menjawab, "Maaf, saya tiada kaki...cacat". Saya tersentak dengan pengakuannya.

Siti sebenarnya tidak tahan hidup dalam keadaan berdosa buat sekian lamanya dan telah ambil keputusan untuk membunuh diri kerana beliau tiada pilihan lain. Beliau dilahirkan cacat dan tidak dapat bergerak ke mana-mana. Apa sahaja teknik-teknik yang pernah dilakukan sebelum ini tidak langsung memberi apa-apa kesan kepada beliau. Saya terharu dengan penderitaan Siti.

Saya: "Siti, apa kata kita cuba sesuatu."
Siti: "Cuba apa?"
Saya: "Minta pada Allah."
Siti: "Minta apa?"
Saya: "Minta kaki..."
Siti: (mengangguk tanda setuju...)

Doa dalam keadaaan sebak saya pohon pada Allah sambil di'amin'kan oleh Siti. Selesai berdoa Siti terdiam beberapa minit dan pesakit mulai sedar. Saya segera suruh pesakit memejamkan mata dan mula memangil-manggil nama Siti. Akhirnya Siti muncul mengucapkan "Alhamdulillah" atas kurniaan Allah yang amat berharga itu. Walaubagaimanapun Siti masih tidak mampu berjalan menggunakan 'kaki baru'nya dan hanya mampu berdiri dalam keadaan menggigil-gigil. Siti kemudiannya melakukan kebaikan dengan membuat "pengumuman" kepada rakan-rakan (jin-jin) yang lain supaya meninggalkan tubuh pesakit.

Siti bersama rakan-rakannya akhirnya berjaya dikeluarkan dari tubuh badan pesakit dengan mudah. Pesakit kemudiannya sedar dari kerasukan.

(Catatan ini bertarikh 10 Februari 2009)

Link tulisan asal:
http://akrine.blogspot.my/2009/02/pengalaman-merawat-11-jin-tak-berkaki.html