Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Khamis, 19 Januari 2017

Repost: Anak Degil


Saya dikunjungi seorang ibu membawa anak lelakinya yang berusia 14 tahun.

Saya: "Ok Kak. Siapa yang sakit ni."
Ibu: "Ni ha, anak saya ni (sambil menolak anaknya kepada saya)."
Saya: "Sakit apa Kak?"
Ibu: "Degil..."
Saya: "Oooo....(saya bingung)."

Perbualan dengan anaknya tidak menunjukkan sebarang simptom yang menunjukkan dia ada gangguan. Anaknya yang memiliki tubuh kecil ini nampak sihat dan ceria. Saya bersangka baik apatah lagi bila diketahui yang beliau berpendidikan sekolah agama.

Tetapi alangkah terperanjatnya saya apabila dimulakan rawatan, kaki-kaki anaknya memberi respond yang ketara kepada bacaan ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan. Saya akhirnya dapat berdialog dengan salah satu jin (paling tua) yang berada dalam badan beliau (bahagian jantung).

Saya: "Kamu Islam?"
Jin: "Tidak".
Saya: "Kamu ketua?"
Jin: "Tidak. Kami dari kumpulan-kumpulan yang berlainan."
Saya: "Berapa bilangan kamu?"
Jin: "54."
Saya: "MasyaAllah. Aku mengajak kamu semua kepada Islam."
Jin: "Tak mahu. Kami semua tak mahu."
Saya: "Ok. Kalau begitu aku mahu kamu tinggalkan badan ni."
Jin: "Tak mahu."

Rawatan yang dilakukan akhirnya dapat mengeluarkan kesemua 54 jin yang menetap di dalam hati pesakit. Pesakit akhirnya kelihatan letih, pucat dan lesu. Dia nampak sedih dan insaf, lebih-lebih lagi apabila mengetahui yang selama ini sifatnya telah di 'control' oleh unsur lain.

Nasihat saya, anak ini telah didorong sehingga menjadi nakal/degil akibat dipengaruhi oleh jin-jin yang menetap di hatinya. Kesemua jin-jin kafir ini telah mendorong anak ini supaya tidak taat kepada Allah apatah lagi mentaati ibubapanya. Oleh itu para ibubapa dinasihatkan supaya menyuburkan hati anak-anak kita dengan Iman dan Amal. Jika hati mereka disuburkan dengan perkara-perkara maksiat, maka besar kemungkinan perkara sebegini akan berlaku kepada mereka. Jika sudah berbuat demikian tetapi tidak berjaya, maka pilihlah rawatan Islam sebagai satu ikhtiar penyembuhan zahir dan batin.

(Tulisan ini bertarikh 14 April 2009)

Link tulisan asal:
http://akrine.blogspot.my/2009/04/pengalaman-merawat-16-anak-degil.html

Tiada ulasan: