Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Jumaat, 6 Januari 2017

Repost: Jin Semut


Rawatan ini dilakukan di rumah pesakit pada waktu pagi.

Setelah jin-jin saka dalam badan pesakit dikeluarkan, pesakit tiba-tiba tersentak kerana merasakan kakinya seperti dilanggar sesuatu.

Pesakit: "Aduh. Ustaz, ada sesuatu melanggar kaki kiri saya."
Saya: "Siapa ni?...(sambil meletakkan besi rawatan pada kaki kiri pesakit)"

Pesakit kemudian kerasukan.

Jin: "...Errm maaf...saya tak sengaja masuk..."
Saya: "Kamu dihantar ke?"
Jin: "Tak...saya tak sengaja."
Saya: "Kamu datang dari mana?"
Jin: "Bawah sinki dapur...saya semut."
Saya: "Kamu ada keluarga?"
Jin: (mengangkat kedua-dua tangannya sambil menggerakkan kesemua jari-jarinya).
Saya: "Ooo, banyak..."
Jin: (mengangguk-angguk kepalanya).
Saya: "Boleh tak bagitahu pada ketua kamu supaya semua pindah ke tempat lain."
Jin: "Boleh."
Saya: "Sekarang keluarlah sendiri dari badan ni."
Jin: (Kaki kiri bergerak-gerak) "Eh...tak boleh lah. Tolong lah keluarkan saya."
Saya: "Ha, tu la tadi pandai sangat masuk, dah tu susah pula nak keluar."

Saya kemudian menarik jin tersebut keluar. Pesakit kemudiannya sedar.

Pesakit menelefon saya pada waktu tengaharinya memberitahu yang semut-semut yang memang banyak bersarang di bawah sinki dapur rumahnya dah tiada. Malahan hampir semua semut-semut di rumahnya tiada. Saya cuma mampu mengucapkan "SubhanAllah..."

(Catatan ini bertarikh 31 Mac 2009)

Link tulisan asal:
http://akrine.blogspot.my/2009/03/pengalaman-merawat-15-jin-semut.html

Tiada ulasan: