Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Isnin, 2 Januari 2017

Repost: Jin Tak Berkaki


Setiap kali rawatan yang dilakukan mempertemukan saya dengan pelbagai watak jin yang berbeza-beza.

Rawatan ke atas seorang pesakit wanita dimulakan dengan meletakkan besi rawatan (sambil digenggam pesakit) di atas bahagian jantungnya. Dengan tiba-tiba pesakit kerasukan, menggenggam dan menusuk besi rawatan secara lebih kuat ke arah jantungnya sambil mengucapkan syahadah dan mengerang kesakitan. Saya tersentak dengan perlakuan drastik ini dan mula menanyakan soalan kepadanya.

Saya: "Kenapa kamu begini?"
Jin: "Aku nak mati."
Saya: "Saya lakukan rawatan bukannya bertujuan untuk membunuh kamu, dan adalah haram bagi kamu membunuh diri sendiri".

Setelah didakwahkan, jin saka yang bernama Siti ini mengakui kesalahannya dan mula berbicara dengan petah sekali. Melihatkan Siti agak memberi kerjasama dalam pelbagai hal, saya menyarankan kepadanya agar berjalan di sekitar tubuh pesakit dan mengajak kesemua jin-jin lain bersama-samanya meninggalkan pesakit. Beliau menjawab, "Maaf, saya tiada kaki...cacat". Saya tersentak dengan pengakuannya.

Siti sebenarnya tidak tahan hidup dalam keadaan berdosa buat sekian lamanya dan telah ambil keputusan untuk membunuh diri kerana beliau tiada pilihan lain. Beliau dilahirkan cacat dan tidak dapat bergerak ke mana-mana. Apa sahaja teknik-teknik yang pernah dilakukan sebelum ini tidak langsung memberi apa-apa kesan kepada beliau. Saya terharu dengan penderitaan Siti.

Saya: "Siti, apa kata kita cuba sesuatu."
Siti: "Cuba apa?"
Saya: "Minta pada Allah."
Siti: "Minta apa?"
Saya: "Minta kaki..."
Siti: (mengangguk tanda setuju...)

Doa dalam keadaaan sebak saya pohon pada Allah sambil di'amin'kan oleh Siti. Selesai berdoa Siti terdiam beberapa minit dan pesakit mulai sedar. Saya segera suruh pesakit memejamkan mata dan mula memangil-manggil nama Siti. Akhirnya Siti muncul mengucapkan "Alhamdulillah" atas kurniaan Allah yang amat berharga itu. Walaubagaimanapun Siti masih tidak mampu berjalan menggunakan 'kaki baru'nya dan hanya mampu berdiri dalam keadaan menggigil-gigil. Siti kemudiannya melakukan kebaikan dengan membuat "pengumuman" kepada rakan-rakan (jin-jin) yang lain supaya meninggalkan tubuh pesakit.

Siti bersama rakan-rakannya akhirnya berjaya dikeluarkan dari tubuh badan pesakit dengan mudah. Pesakit kemudiannya sedar dari kerasukan.

(Catatan ini bertarikh 10 Februari 2009)

Link tulisan asal:
http://akrine.blogspot.my/2009/02/pengalaman-merawat-11-jin-tak-berkaki.html

Tiada ulasan: