Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Selasa, 22 November 2016

Repost: Koma


Saya dijemput untuk merawat seorang pesakit yang sedang koma di sebuah hospital kerajaan. Pesakit masih muda dan ditemui koma di atas katil pada waktu pagi dalam keadaan bergelumang dengan najis sendiri.

Ketika di bahagian kecemasan lagi, doktor dan jururawat telah mengesyaki sesuatu yang tidak kena tentang pesakit ini. Berat normal pesakit adalah +- 100 kg tetapi semasa ditimbang beratnya meningkat 2 kali ganda iaitu lebih 200 kg. Mereka mula menasihati waris pesakit supaya berikhtiar mencari rawatan alternatif yang lain.

Saya hadir jam 10:30 malam. Walaupun bukan waktu melawat, pihak hospital memberi laluan istimewa kepada saya. Saya bersama bapa saudaranya masuk ke bahagian ICU dan jururawat segera menutup langsir untuk memberi peluang kepada saya bagi melakukan rawatan.

Pada mulanya pesakit tidak sedar walaupun dipanggil namanya beberapa kali. Beliau diberi bantuan pernafasan dan badannya dipenuhi bermacam-macam wayar. Saya membaca selawat Tarfijiyah dan meniup ubun-ubun serta bahagian jantungnya malangnya pesakit hanya memberi respon yang sangat minima.

Saya beralih ke bahagian kaki lalu memegang jari kedua selepas ibu jari. Pesakit menarik kakinya ke atas seperti minta dilepaskan. Saya melakukannya untuk kali kedua, pesakit memberi respond yang sama. Bila saya berkata, "Wahai makhluk Allah, aku tahu lokasi kamu. Lelaki ini berhak kepada kesembuhan dan kehadiran kamu telah menyakiti dia. Aku minta kamu tinggalkan dia, sebelum aku bacakan ruqyah yang pastinya dengan izin Allah akan membinasakan kamu," pesakit terus membuka matanya sambil merenung tajam kepada saya.

Pesakit mula gelisah dan agresif seperti tidak menyukai kehadiran saya sehingga menyebabkan saya terpaksa menjarakkan diri darinya. Beliau juga cuba bangun dari katil seperti ingin menerpa kepada saya. Setelah ditenangkan oleh bapa saudaranya beliau tenang seketika, malangnya beliau kembali agresif bila saya membacakan beberapa potong ayat al-Quran secara perlahan dari jarak jauh.

Pergerakan agresifnya telah menyebabkan salah satu dari alatan hospital mengeluarkan bunyi 'beep' yang kuat dan jururawat bergegas datang dan menyuntiknya dengan ubat penenang (sedation). Pesakit kemudian kembali kepada keadaan asalnya (tidak sedar). Ubat penenang telah menyebabkan beliau tidak memberikan apa-apa respon walaupun saya membacakan ayat-ayat ruqyah yang panjang kepadanya.

Semasa hendak meninggalkan pesakit, salah seorang jururawat menegur saya.

Jururawat: "Air 'mineral water' yang ustaz bawa ni nak bagi pada pesakit ke?"

Saya: "Ya. Tapi kami tak tahu macamana caranya. Lagipun pesakit 'intubated' (tiub oksigen di dalam mulut)."

Jururawat: "Oh tak apa. Serah saja pada kami air tu, nanti kami uruskan."

Saya: "Baiklah, terima kasih banyak-banyak."

Nota:
- Dengan izin Allah, keesokan harinya pesakit ini sedar sepenuhnya dan kemudian discaj pada waktu petangnya.

(Tulisan ini bertarikh 5 Mei 2009)

Link tulisan asal:
http://akrine.blogspot.my/2009/05/pengalaman-merawat-19-koma.html

Tiada ulasan: