Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Beliau s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Beliau s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?'" (Hadis riwayat Ahmad)

~.~

~.~

Isnin, 12 Disember 2016

Repost: Kuda Terbang

Pesakit mengalami sakit kaki (di bahagian buku lali) sejak di alam persekolahan lagi. Walaupun telah diurut dan dirawat dengan pelbagai kaedah alternatif, sakit itu tetap tidak hilang sehinggalah pesakit sekarang berumur 37 tahun.

Ada satu jin yang memperkenalkan dirinya sebagai Ali, telah membuat pengakuan bahawa beliau telah masuk ke tubuh pesakit melalui bahagian kaki yang terseliuh itu semenjak 23 tahun yang lalu. Dia juga mendakwa bahawa beliau telah berkahwin dengan jin saka yang memang sudah lama menetap di tubuh pesakit dan mereka telah dikurniakan tiga orang anak (dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki).

Saya mendakwah Ali dan isterinya tentang kesilapan dan perlakuan dosa yang telah mereka lakukan, iaitu menceroboh dan mendiami tubuh pesakit untuk sekian lama dan mereka amat-amat menyesali akan perbuatan mereka.

Ali menyatakan hasratnya untuk berhijrah ke Mekah bagi membina hidup baru bersama keluarganya. Saya menyatakan persediaan untuk menghantar mereka ke sana, dengan izin Allah. Namun Ali menolak kaedah biasa yang saya gunakan untuk menghantar jin-jin lain sebelum ini.

Ali: "Kami nak pergi Mekah naik kuda."

Saya: "Naik kuda? Pasti perjalanan ini akan mengambil masa yang sangat lama."

Ali: "Tak. Mohon la pada Allah kuda yang memiliki sayap."

Saya: "Wujud ke (kuda yang bersayap)?"

Ali: "Ya. Ada…"

Dengan serta-merta saya teringat akan kisah perbualan di antara Rasulullah s.a.w. dan Siti Aisyah r.a. pada ketika Siti Aisyah r.a. sedang bermain akan boneka berbentuk kuda yang bersayap. Berikut adalah perbualan tersebut yang dipetik dari buku 'Didik Anak Cara Rasulullah SAW' karangan Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid;

"Dengan sanad shahih, Abu Daud meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa dia berkata: 'Rasulullah s.a.w. datang dari perang Tabuk, atau dari perang Hunain, sedangkan Aisyah berada di balik tabir. Angin berhembus yang kemudian menyingkap tabir tersebut dan terlihatlah anak-anak patung milikku.' Di situ Baginda s.a.w. melihat seekor (anak patung) kuda yang mempunyai dua sayap. Baginda bertanya: 'Yang ini apa?' Aisyah menjawab: 'Kuda.' 'Lalu ada apa itu?' tanya Baginda s.a.w. lagi. Aisyah menjawab: 'Dua sayap.' 'Kuda mempunyai dua sayap?' tanya Baginda s.a.w. Aisyah menjawab: 'Bukankah Engkau tahu bahawa Sulaiman a.s. mempunyai sekian kuda yang bersayap.' Aisyah selanjutnya menceritakan: 'Lalu Baginda s.a.w. tertawa hingga aku dapat melihat gigi-gigi geraham Baginda s.a.w."

Kami berdua memanjatkan doa kepada Allah s.w.t. dan berikut adalah dialog yang berlaku;

Ali: "Ha…kuda dah sampai."

Saya: "Mana?"

Ali: "Ni, dekat sini (sambil mengangkat tangan di sisinya)."

Saya: "Warna apa?"

Ali: "Kelabu, sayapnya pun warna kelabu."

Saya: "Ok lah kalau begitu, kamu keluarlah sendiri dari tubuh pesakit ini dan bawalah keluarga kamu bersama-sama menaiki kuda tu."

Ali sempat berpesan kepada pesakit tentang beberapa perkara seperti ketaatan kepada Allah dan tentang pentingnya Solat Tahajud. Ali kemudian mengucapkan lafaz 'Allahuakbar' beberapa kali seolah-olah seperti menolak isteri dan anak-anaknya keluar. Ali adalah yang terakhir keluar dan pesakit kemudiannya sedar dari kerasukan.

(Tulisan ini bertarikh 16 Februari 2009)

Link tulisan asal:
http://akrine.blogspot.my/2009/02/pengalaman-merawat-12-kuda-terbang.html

Tiada ulasan: